tik-tac-too

Saturday, 5 January 2013

PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT




Semua yang akan turun sila ambil perhatian untuk mengelakan kesesakan SILA JANGAN BAWA KERETA ke Kuala Lumpur. Sila jangan buat ganguan jalan sila jangan jamkan jalan raya perhimpunan ini dijalankan dengan aman, santai dan suasana pesta bersama kaum keluarga.

PANTAI TIMUR : - Kelantan, Terengganu Pahang
- Sila naik LRT Putra, Terminal Melati, Gombak berhenti di Masjid Jemek dan bergerak dari sana ke Stadium Merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG & PERAK
- Sila ambil Komuter di Slim River di Tanjung Malim, Rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di Masjid Negara dan bergerak ke Stadium Merdeka.

NEGERI SEMBILAN
- naik komuter dari Seremban, Kajang dan Bangi cuba jangan bawa kereta ke Kuala Lumpur

SELANGOR – PJ, KLANG, SHAH ALAM
- Sila ambil Komuter & LRT berhenti di Universiti. Berhimpun di Masjid Universiti Malaya bergerak ke Brickfields
- `Warga aman sedang menungggu MAHASISWA dan ANAK MUDA berkumpul di Masjid Universiti Malaya
bergerak bersama-sama menuju Brickfields

HIMPUNAN HIJAU = berkumpul awal di KLCC
ROYALTI = berkumpul awal di KLCC
MUFAKAT = berkumpul di Jalan Sultan
SAMM = berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman


NOTA
- Sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke Stadium Merdeka
- Sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation

Sila sebarkan maklumat ini

Thursday, 3 January 2013

#KL112 - Pakej Murah, Mudah dan Selamat, Lagi Mengancam


Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

RM50 seorang Pergi / Balik termasuk T'shirt, Muffler, Tuala, 2 x 500ml air minuman, Garam.

Bertolak dari Semerah, Parit Sulong.

4 Buah bas bersedia.

Call @ Sms 016 - 764 2006 (Mohamad)

#KL112 - Ahli PAS diarah hadir Himpunan Mega 12 Januari 2013






PAS Selangor seru ahli sertai Himpunan 12 Jan

Saidah Hairan, 03 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyeru seluruh ahli dan kepimpinan PAS negeri turut serta dalam Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan.

"Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya.

Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ahli PAS dan seluruh rakyat Selangor mesti komited menuntut pilihan raya bersih dan adil untuk kita tawan Putrajaya nanti," katanya.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS supaya bekerja keras mendekati seluruh pengundi supaya memberi sokongan dan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat.

Pada Himpunan 1 juta rakyat hadiri digalakkan memakai kuning mewakili Bersih, merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

TIPS - Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 ~ Gedung rakyat




TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112)

Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut: -

a)   BERSIH, untuk pilihanraya yang bersih dan adil,  T-SHIRT KUNING.
b)   ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri pengeluar hasil petroleum,  T-SHIRT MERAH (Kelantan)  dan HITAM (Terengganu).
c)  ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian FGV. T-SHIRT OREN.

Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan bahawa kita berada di sana dalam keadaan aman dan hanya untuk menunjukkan bantahan. Jika anda menyertai #KL112 di Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen pengangkutan awam, sekatan jalan, penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL, gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi (telefon bimbit), penutupan sistem pengangkutan awam, penutupan jalan dan sebagainya. Harapan saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang membara dan tidak seorang pun daripada kita yang akan ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0
Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu. Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.


APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100.
• Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda  dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain - dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi - inhaler, ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin. Walau bagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana  karnival.
APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI

• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut Sport sebaik-baiknya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU. Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkan meriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.

APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadapPOLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU ...
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.

Belum ada Baju??? boleh dapatkan dari GEDUNG RAKYAT.... 



.






Tuesday, 1 January 2013

#KL112 - Sertai GATE (TERENGGANU) ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 ~ Gedung Rakyat


Salam Semua Ahli GATE

Selaras dengan keputusan GATE untuk tidak ketinggalan dalam kebangkitan rakyat menuntut perubahan semua ahli adalah digesa agar turut hadir ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112. Bagi tujuan itu GATE telah berjaya menempah bas kepada semua ahli dan mereka yang berminat secara siapa cepat dia dapat. Ahli GATE diutamakan. Sebuah bas untuk 40 orang saja. Atas atap tak aci.

Untuk urusan tersebut hubungi terus dengan pm En. Muiz Runcing Tega. Khabarnya pakej termasuk tshirt GATE sekali.
Salam Semua Ahli GATE Selaras dengan keputusan GATE untuk tidak ketinggalan dalam kebangkitan rakyat menuntut perubahan semua ahli adalah digesa agar turut hadir ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112. Bagi tujuan itu GATE telah berjaya menempah bas kepada semua ahli dan mereka yang berminat secara siapa cepat dia dapat. Ahli GATE diutamakan. Sebuah bas untuk 40 orang saja. Atas atap tak aci. Untuk urusan tersebut hubungi terus dengan pm En. Muiz Runcing Tega. Khabarnya pakej termasuk tshirt GATE sekali.

BAJU Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


Assalamualaikum,

Jualan baju Rasmi  "HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT" #112 telah bermula.

Dapatkan baju ini secepat mungkin sementara stok masih ada.

Himpunan Kebangkitan Rakyat, kita berkumpul 1 Juta rakyat di KUALA LUMPUR pada 12 Januari 2013.

Sekiranya berminat, sila hubungi email atau no h/p seperti yang tertera.


WANG BOLEH DIMASUKKAN KE AKAUN MAYBANK

NAMA: WAN IBRAHIM BIN WAN NOR

NO. AKAUN MAYBANK : 113015293276


Sekian, terima kasih.


 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
T-Shirt #KL 112 MUSLIMAH.
Assalamualaikum, sekiranya berminat untuk menempah t-shirt #KL112 Muslimah. Anda bolehlah membuat tempahan sekarang. Harga t-shirt RM30 + RM5 (POS).


TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 30 DISEMBER 2012.


TARIKH PENGHANTARAN: 5 JANUARI 2013.


Sekian, terima kasih.


- Gedung Rakyat
.


~Gedung Rakyat~

Monday, 31 December 2012

LIVE Streaming - Kuliah Mega Perdana Ustaz Azhar Idrus ~ Gedung Rakyat


 

LIVE Streaming Kuliah Mega Perdana Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini...

  Nak lihat.... klik kat bawah...
Live Streaming Kuliah Mega Perdana UAI
Update...
 
Umum: Sekarang sedang berlangsungnya Solat Maghrib berjamaah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, diimamkan oleh Dr Rani Osman (ADUN Meru). Tonton di TV Selangor - http://www.selangorku.com/ 
 UPDATE Lagi....
 Boleh juga tengok dari laman web rasmi UAI di SINI
   UPDATE LAGI...

Sekitar suasana Sambutan Ambang 13 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 

Semakin ramai manusia yg mahu kembali kpd fitrah dan hakikat hidup berTuhankan Allah. Alhamdulillah.

Dan ni baru masuk isyak. Banyak lg umat yg belum sampai. Masih ada yg belum selesai bersama syeikh nuruddin di masjid shah alam. Dan kita menanti kehadiran sahabat2 kita dr i-City yg insya Allah insaf dan ingin meninggalkan maksiat anjuran BN di sana.

UPDATE LAGI....

 
persiapan sebelum ke pentas...
UAI, MALEK NOOR DAN PIERRE ANDRE

UPDATE..... Teringat nasib kawan2 di Dataran Merdeka... Mogok Lapar 100 Jam...

 
5 buah kereta FRU sedanng bersedia di Dataran Merdeka.
??? Timbul Persoalan...APE YANG BERLAKU ?

UPDATE LAGI...

 
TERKINI : Puluhan Ribu Hadirin sudah memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk program Ambang 2013 bersama Ustaz Azhar Idrus serta para penceramah dan selebriti serta ikon sukan...

 
Solat itu tiang agama.

Permandangan yg asing dalam apa jua program BN, tetapi kewajiban bagi program PR - solat berjemaah. Solat isyak diimamkan oleh ustaz haslin "bollywood" ibrahim.

 
Diana Amir......


UPDATE LAGI....

 

 

Nak sambut tahun baru pun, jangan lupa solat Isyak nanti. Yang terbaik, setiap azam tahun baru kita, kita jangan lupa berazam untuk sentiasa solat berjemaah. 

 
 
Ramainya..... Alhamdulillah.

 


UAI.....

 
Pierre Andre ~ Pengarah Muda... 

UPDATE..

Ada juga yang syiokkkk sendiri....

 

ping