tik-tac-too

Friday 18 January 2013

SAHIH - Ustaz Fathul Bari Kahwin di Thailand

Assalamualaikum W.B.T.

Minggu ini kita dikejutkan tentang berita berkenaan Ustaz Fathul Bari berkahwin dengan gadis Filipina di Thailand..... Surat nikah dan dokumen-dokumen nikah tersebar luas di laman-laman sosial dan juga blog-blog.


Dengarkan penjelasan dan pengakuan Ustaz Fathul Bari....

 



Kita dah dapat kepastian daripada tuan punya badan..... SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ FATHUL BARI...


~ GEDUNG RAKYAT ~

Thursday 17 January 2013

Mahathir oh Mahathir - Pelajaran Percuma 1982

Inilah bukti bahawa Mahathir pernah berjanji Pelajaran Percuma akan diberikan menjelang tahun 1982. tapi, bila dana dah cukup, sifat tamah haloba menguasai dirinya dan memberikan hutang gaya ALONG kepada pelajar-pelajar di MALAYSIA.


Dulu lain, sekarang dah lain, dulu nak buat kebajikan, sekarang nak merompak dan menyamun......

~ GEDUNG RAKYAT ~

TARIKH KERAMAT NAJIB - DUN & PARLIMEN AKAN TERBUBAR


DAH pening kepala Najib dan Rosmah ni....... Nak bubar, semua cawangan sedang bertumbuk ni......

Adoi!!!!!

~ GEDUNG RAKYAT ~

Sunday 13 January 2013

Sumbangan Ikhlas Kepada Daud Abdul Manan - Peserta HKR112 yang kemalangan

Daud Abdul Manan, peserta HKR112 yang kemalangan jalanraya(motorsikal terbabas) 12Jan 2013 atas jambatan Temerloh sebelum R&R. Skrg beliau berada di wad ICU Hospital Temerloh.Beliau bekerja sebagai penjaja ikan dan mempunyai 6 orang anak..yang sulung&kedua kembar 17 thn, ketiga 15 thn, keempat 11 thn, kelima 8thn, bongsu 8 bln. 
Sesiapa yg sudi menyumbang: 
Nama: Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 
No.Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) :1110029849518290
 
- Sama-sama Kita Beramal - 
 
UPDATE!!!
 
Semalam, ada yang bertanya, sama ada berita ni sahih ke tidak, takut ada yang ambil kesempatan atas kebaikan kita semua. Hari ini, Alhamdulillah, cuma nak bagitahu, berita tersebut sahih, setelah berita KETUA PENERANGAN PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melawat mangsa kemalangan.....
 ---- Sedutan Berita ----

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi Daud Abdul Manan yang kemalangan motosikal ketika pulang dari HKR112 Sabtu lalu.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Temerloh cedera apabila motosikal yang dinaikinya terbabas di atas Jambatan Temerloh sebelum R&R Temerloh.

Sumbangan derma dari semua pihak amatlah dihargai.

Daud, seorang penjaja ikan menaiki motosikal dari Terengganu untuk menyertai perhimpunan itu namun ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik.

Beliau yang mempunyai enam orang anak di mana anaknya yang sulung adalah dan baru berusia 17 tahun.

Anak yang ketiga baru 15 tahun, keempat 11 tahun, kelima berusia lapan tahun dan yang bongsu berusia lapan bulan.

Kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada beliau boleh terus memasukkannya ke akaun BSN : 1110029849518290 atas nama isterinya,
Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.
 

SATU LAGI FITNAH TERHADAP HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ~ Tukar Tiub

Rencana dari BLOG TUKAR TIUB

NOTA:
jawatan kuasa penganjur
hari kebangkitan rakyat 
sekali lagi menolak berita fitnah ini

ini adalah tohmah dan fitnah
yang sengaja disebarkan
untuk membusukan nama
penganjur hari kebangkitan rakyat

orang ramai dinasehatkan 
jangan  sesekali terpengaruh 
dengan berita sademikian
yang semakin luas tersebar dalam alam maya
kah kah kah


Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR


KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan


PENGUMUMAN RESMI
satelah dibuat kajian
satelah dibuat bancian
satelah semua gambar ini dibesarkan
maka marilah kita terima hakikat
bahawa yang datang ikut serta 
pada 12 januari kelmarin
ialah 24,563 orang sahaja
ini termasuk 17 orang kanak-kanak 
4 orang dengan kerusi roda 
termasuk karpal singh
15 oku
2512 mat bangla
20,017 orang melayu
17 india
yang lainnya tidak dapat
dipastikan bangsa mereka
kah kah kah

Monday 7 January 2013

Pengumuman Dari Jawatan Kuasa Hiimpunan Kebangkitan Rakyat ~ Tukar Tiub




PENGUMUMAN PENTING

PAKAIAN

sila pakai seringan mungkin
baju t
seluar
bukan kain ketat
seluar jeans
kasut sneaker kasut getah
bukan kasut tingi tumit
topi kain tudung
bawa towel kecil
gunakan beg selendang melekat ke badan

APA YANG WAJIB DI BAWA

air dalam botol
garam halus
dan semangat berani melawan

TALIPON BIMBIT

pastikan cukup bateri
pastikan cukup kredit
pastikan dijaga betul betul

DOKTOR BOMOH DAN TABIB

penganjur himpunan telah berkerja sama
dengan satu kumpulan doktor ngo
mereka memasang khemah
mereka memakai pakaian yang AMAT JELAS bertulis
PERUBATAN

JANGAN JANGAN JANGAN

jangan bawa beg duit dengan duit yang banyak
jangan pakai barang kemas

JANGAN JANGAN JANGAN

jangan buat songel
jangan buat pekara TIDAK senonoh arah

IKUT ARAHAN

sila ikut arahan UNIT AMAL
sila ikut arahan SKUAD AMK
sila ikut arahan PEMUDA DAPSY
sila ikut arahan tim SAMM

anak mahasiswa - sila ikut arahan PEMIMPIN PELAJAR

BERJALAN BERJALAN BERJALAN

himpuan kita santai
berjalan perlahan saperti ditepi laut
berjalan perlahan saperti pengantin baru

JAGA JAGA JAGA AWAS!

ejen gerombolan
ejen provokasi
ada dimana mana
awas dan waspada
jangan terperangkap

KHABAR ANGIN

ini taktik yang akan digunakan oleh musuh
berita palsu akan disebarkan
jangan terperangkap
tunggu maklumat resmi

LAYARI LAMAN MELAWAN

untuk perkembangan terkini
sila ikuti laman resmi himpunan:

http://facebook.com/HKR.KL112

Sumber: tukartiub.blogspot.com

ping