Sila lihat dulu video dibawah…
Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon
semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat
dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah
secara terang2an di tv3.Sekali tengok dokumentari itu kita akan
bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu
kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau
sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.
Sekali tengok dokumentari itu kita akan
bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu
kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau
sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan?
Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa?
Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui
pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal
cuba memberi gambaran salah .. biker-biker ini berkata mazidul cuba
dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal. Mengapa?.
Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang
dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu
lakonan, 2 orang penunggang motosikal laju dan agak “pelesit” itu adalah
penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya.
Adakah anda perasan apa yang dipaparkan
diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul
dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan
dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini.
Ini bermaksud Tv3 telah merancang
terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan
spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan.
Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini
harus dilabelkan sebagai “lakonan” supaya tidak timbul salah faham dan
tanggapan negatif masyarakat kepada mereka.
Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka
cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan
ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi
begitu.
Sekarang sedang panas isu AES, mungkin
dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh
tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang
dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang.
TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?. ~ Amenoworld
Setelah konspirasinya bersama TV3 untuk
mengelirukan rakyat mengenai AES itu Mazidul secara terbuka malam tadi
menutup kesemua request dalam Facebooknya.
Bagaimanapun riders yang terhina dengan
kenyataan Mazidul ini terus memberikan komen mereka di Facebooknya dan
menunjukkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaan mereka.
- ASD
ake ke org naik supernike bawak bawah 110??? kehkehkeh,, kelakor la admin nie..
ReplyDeleteMr Anonymous..... memanglah biasaya lebih 110. tapi, Mazidul cerita benda tuh benar-benar berlaku (dalam erti kata), video tu bukannya lakonan..... tapi, last2 Majalah 3 kena mintak maaf....
ReplyDelete