Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebet RM200 yang
dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sebelum
ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi
senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.
Pakej Komunikasi BeliaAntaranya adalah termasuk:
Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790
Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan
ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke
semasa.
Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi
akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan
memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah
model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.
Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.
TIPS AWAL DARIPADA NAZRIEN
http://amanz.my/2012/12/skmm-mengeluarkan-senarai-lebih-20-peranti-yang-akan-ditawarkan-melalui-pakej-komunikasi-belia/
SUMBER : KERABU BERSUARA
__________________________________________________________
Manakala, dari SUMBER : BERNAMA pula menyatakan...
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet
RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar
berdaftar mulai Selasa depan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk
Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi
Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di
http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia
yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih
ada, katanya dalam satu kenyataan.
Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu
boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500
daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia
perkhidmatan.
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia
daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan
telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka
kepada telefon pintar 3G yang asas.
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah
kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200
sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia
yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan
Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses
kepada gerbang maklumat.
Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300
untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak
dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih
20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian
maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin
sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar
mereka.
"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang
akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka
juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan
senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian,"
katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90
peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat
telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak
pascabayar.
Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur
antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get
Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan
mendaftar dalam talian di
http://nbi.skmm.gov.my/.
Beliau berkata, usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi
semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang
akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang
berjaya. - Bernama