Sumber Diambil Dari : Tranungkite
Oleh edyesdotcom
Kenyataan Umum
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari
ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat.
Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi
perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1
juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh
pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan
12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan
rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang
tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai
lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi
tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira
detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan
rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti
peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin
kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku
penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk
Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama.
Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda, akan muncul
juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut
akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain
pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada
program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula
sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul
menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang,
pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda
dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112
ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan
rakyat.
Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan
bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang
dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam Adli
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi Ke Arah 1 Juta #KL112
Yasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112
Pelancaran Jelajah Mobilisasi klik di sini
Jadual Penuh klik di sini
Sumber: anakmudamalaysia.com
No comments:
Post a Comment
kAMi alU-ALukaN kOmEN aNDa