tik-tac-too

Friday 28 December 2012

PAS Kemaman Perlu RM100,000 Bantu Mangsa Banjir ~ Tranungkite


Info Oleh: ustaznik

"banjir2Banjir di Kemaman agak besar di akhir tahun 2012 kali ini. Di DUN Cukai sahaja, banyak kampung, taman perumahan, kedai dan kawasan terlibat. Di DUN Air Putih juga terlibat. Pelbagai cerita dan berita yang didengar. Sudah agak lama Cukai tidak dilanda banjir besar seperti ini.

Saya tinggal di Kampung Gong Limau, Cukai. Alhamdulillah, tidak kena banjir. Namun, di tempat lain, Allah menguji mereka dengan sedikit ujian, rumah kediaman, perniagaan dan lain-lain ditenggelami air. Sehingga berita ini ditulis, sebahagian tempat sudah mula surut dan sebahagian lagi masih digenangi air. Esok lusa dan selepas ini belum tentu.

PAS Kawasan Kemaman yang bermesyuarat mengambil keputusan membantu mangsa banjir ini. Peruntukan dianggarkan RM100,000 meliputi bantuan barangan kepada mangsa banjir pasca banjir dan lain-lain kos operasi. Kepada mereka yang ingin membantu, boleh hubungi Pengerusi JK Banjir PAS Kemaman yang juga YDP PAS Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun (0103132640) atau Pengarah Operasi Banjir Tuan Hj Zulkifli (0199834436) yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemaman atau saya sendiri selaku Timbalan Pengarah Operasi.

Nabi SAW menyebut yang bermaksud: ‘Allah membantu seorang manusia yang membantu saudaranya yang lain.’"


SUMBER : Tranungkite 

No comments:

Post a Comment

kAMi alU-ALukaN kOmEN aNDa

ping