tik-tac-too

Saturday 8 December 2012

1 juta ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat ~ HarakahDaily



Hazayani Zakaria, 02 Dis 2012

(Mohamad Sabu menerima limau tanda permulaan himpunan)

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan.


~ Gedung Rakyat.


SUMBER : HARAKAHDaily

No comments:

Post a Comment

kAMi alU-ALukaN kOmEN aNDa

ping