tik-tac-too

Monday 31 December 2012

AMANAT HADI - Kerajaan Sedia Beri Ruang Kepada TG HAJI HADI - Utusan Malaysia


Daripada Utusan Online

Kerajaan sedia beri ruang kepada Abdul Hadi - Rais Yatim

Dr. Rais Yatim bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli (kanan) beramah mesra dengan para peserta raptai Majlis Terbuka 1Malaysia Krismas 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/WAHIDAH ZAINAL
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kerajaan sedia memberi ruang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat penjelasan berhubung amanat beliau menerusi RTM sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Presiden Pas itu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata,walaubagaimanapun, terserah kepada stesen televisyen itu untuk menyiarkannya dalam bentuk bahan berita atau makluman awam.
“RTM boleh buat liputan, sekiranya apa yang disebut kandungan berita yang afdal, kita akan tayangkan dan berbuat demikian.
“Cuma kita minta Abdul Hadi memberitahu di mana beliau mahu dapatkan peluang itu untuk dirakam, tetapi terserah kepada RTM menjadikannya sebagai bahan berita atau bahan yang memaklumkan sesuatu.
“Perkara itu tidak menjadi masalah, cuma tempoh penyiaran itu sama ada panjang atau pendek terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti RTM dan jawapan-jawapan yang boleh kita beri sama untuk mengulas, memberi sokongan atau sebaliknya apa yang dijelaskan itu,’’ katanya selepas menyaksikan raptai Majlis Terbuka 1Malaysia Krismas 2012 di sini hari ini.


© Utusan Melayu (M) Bhd


GR: Grrrrrrrrr...... penakut, pengecut, Jahat, Khianat, Nak buat fitnah..... Hati2 Semua geng2 baik.....

No comments:

Post a Comment

kAMi alU-ALukaN kOmEN aNDa

ping